Setiap tahun, 14 Februari menjadi penantian segelintir masyarakat kita yang menyatakan hasrat perasaan mereka dan isi hati mereka pada kekasih masing2.
Disambut dengan pelbagai cara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga ke parti tari menari seterusnya berlakulah penzinaan demi membuktikan cinta mereka kepada pasangan masing-masing.
Sumber dari catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa valentine adalah nama seorang paderi kristian yg giat menyebarkan agama di Rom. Kemudian dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap menyebarkan ajarannya dikalangan banduan-banduan. Dikatakan juga ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan seorang gadis iaitu anak salah seorang pegawai Penjara. Diakhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan " Daripada Valentinemu". Oleh dari itu, Orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kekasih dan berkasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
Jelas, bahawa sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada seorang paderi tersebut. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad S.A.W, Wajarkah kita merayakan hari kekasih? Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan? Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Demi Allah yang nyawaku di dalam gengamanNya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka".
Rabu, 16 Februari 2011
Haram Menyambut Valentine Day bagi umat Islam
00.30
Fahmi CR7
0 komentar:
Posting Komentar